Friday, May 30, 2014

Ucapan YB Wong Hon Wai di Dewan Undangan Negeri berkenaan usul mengecam pencerobohan pemuda UMNO ke Dewan Undangan Negeri

As reported in fz.com

An angry Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) lambasted the Umno reps, saying that by abstaining they were condoning the mob's actions in this "darkest day in the legislative history of this country."

As reported in Buletin Mutiara May 16-31, 2014
Taking up this matter right away, Air Itam assemblymember Wong Hon Wai said:"To those of you who did not vote, do you know what you are implying? You 're  implying that you approve of what happened here only minutes ago!"


As reported in the Hansard, Penang State Assembly
  

Ucapan ADUN Air Itam, YB Wong Hon Wai pada 21 Mei 2014 (Rabu)

Saya sudah berdiri dua kali.  Nanti saya bagi.  YB Dato Speaker, saya mengecam tindakan sekumpulan pemuda yang mereka memrperkenalkan sebagai pemuda UMNO, wakil-wakil pemuda UMNO yang mencerobohi melalui gate utama Dewan Undangan Negeri.  Kemudian lalu masuk ke pintu persidangan Dewan Undangan Negeri kita lebih kurang pada pukul 2.00 petang hari.  Saya menyaksikan insiden ini dari gate sampai dia masuk sini saya amat terkejut insiden ini pertama kali berlaku dalam sejarah sepanjang 57 tahun Dewan Undangan Negeri kita diwujudkan.  Kita telah menerima maklumat bahawa insiden ini berlaku polis pun ada di tepi sana tetapi kenapa polis bertindak begitu slow.  Begitu lambat.  Polis ada di pondok mereka gate crash masuk polis pun tidak ada tindakan tangkapan.   Kita perlu menangkap dengan serta-merta penceroboh tersebut.  Masuk dalam lokap malam ini esok bawa mahkamah.  Kenapa kita masih berunding dengan penceroboh-penceroboh tersebut?  Kenapa wakil-wakil UMNO gagal mengawal pemuda-pemuda UMNO?  Saya ingat mereka PERKASA, saya ingat mereka NGO, NGI tapi mereka berani beritahu saya mereka UMNO dan wakil-wakil kita berapa orang 10 orang saya tahu bukan arahan tapi why you cannot control them?  Kenapa you tidak boleh kawal dia?  Ini kerana sebelum ini pencerobohan masuk goncang gate tersebut tiada tindakan daripada polis.  Apabila Ghani tiada tindakan.  Polis tidak ada tindakan menyebabkan mereka ingat mereka sudah besar ada sokongan dari kawan-kawan sini, mereka sudah otak besar.  Masuk sini boleh bincang dengan wakil rakyat macam hendak culik, occupied the hall state assembly.  Duduk sama dengan meja perundingan dengan sokongan ADUN-ADUN UMNO.


Pada pandangan saya,  saya sokong 100 peratus usul Padang Kota.  Saya hendak tambah.  Jawatankuasa Dewan peraturan ini ada jawatankuasa panggil Jawatankuasa Dewan kena panggil Ketua Polis Negara atau Ketua Polis Negeri berhadapan dengan Jawatankuasa Dewan untuk menanya kenapa sepanjang enam tahun ini insiden-insiden ini tidal dibuka fail?  Tidak dibuka investigation paper.  Kena lapor balik kepada dewan ini apakah follow up action, apakah tangkapan yang telah dibuat ke atas penceroboh-penceroboh tersebut.  Semua kita ada nama-nama mereka kita semua tahu gambar-gambar sudah tahu. Kena tangkap serta-merta.  Ini merupakan satu penghinaan kepada dewan.  Contempt to the House. 

Saya mohon sokong usul.


Ucapan ADUN Air Itam, YB Wong Hon Wai pada 22 Mei 2014
_________________________________________________________________________

YB Dato Speaker.  Selepas itu peluang Sungai Acheh tidak mengapa banyak masa lagi.  YB Dato Speaker, Dewan Undangan Negeri adalah dewan tertinggi dalam Negeri Pulau Pinang.  Kita ada majlis rasmi untuk pembukaan setiap tahun dengan kawal kehormatan angkatan tentera Malaysia.  Semua wakil rakyat memakai first uniform dengan baju istiadat dan juga kot sebagainya sebagai menghormati majlis perasmian.  Tuan Yang Terutama akan datang setiap tahun ke dewan ini duduk di tempat YB Dato Speaker, memberikan ucapan TYT.  Setiap tahun ini merupakan upacara yang begitu rasmi yang setiap orang kita hormat dengan begitu suci sekali.  Ini gambar, terbitan dalam surat khabar.  Pemuda UMNO naik ke meja, takhta Speaker kita yang duduk yang semasa TYT memberikan ucapan itu.  Satu dunia pun nampak diterbitkan.  Saya baca semua surat khabar hari ini, tidak dapat tidur semalam.  Baca semua surat khabar, baca semua internet, dengar siapa cakap semua, kerana ia akan menjadi satu isu di semua negara Komanwel, Commonwealth Parliamentary Association semua akan tahu bagaimana sistem demokrasi kita.  Bagaimana pemuda-pemuda UMNO mereka mengakui pemuda-pemuda UMNO, Utusan nama dia naib ketua pemuda UMNO negeri, Jasmin Nordin nama dia pun naik.  Antara lain nama-nama yang ada ketua pemudak UMNO Tasek Gelugor Norhisham dan beberapa nama lagi, banyak lagi nama.  Hisham Abdul Hamid, saya hendak make sure penceroboh itu nama dia masuk dalam hansard, Hisham Abdul Hamid Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Nordin Wahab Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas semua diwakili.  Tambah lagi apa nama, Dato Rizuan pemuda Bayan Baru.  Polis akan memberikan kita satu senarai nama.  Ghani, Rizuan yang ingat, yang kita ingat dia PERKASA dia tidak ada kaitan dengan UMNO yang kita ingat, yang saya in naïve ingat dia PERKASA tapi sekarang sah sepanjang enam tahun ini kuncu-kuncu yang mengambil keadaan demonstrasi sana sini adalah agen-agen UMNO.  Mereka akui secara terbuka.  Mereka berani sekarang kerana polis tidak mengambil tindakan, lepas tangan begitu sahaja.  Mereka sudah panjat kepala semua wakil rakyat UMNO.

Semua demonstrasi adalah UMNO kerana Rizuan Ghani joker semua ini, all this jokers yang buat demonstrasi adalah agen-agen UMNO.  Sah sekarang mereka sah mengesahkan kita nampak semua mengesahkan.  Samalam saya tidak boleh tidur.  Ini sah!  Saya paling hairan saya berucap kali ketiga untuk insiden ini, kelmarin saya cakap sekali selepas undi, saya ucap sedikit tetapi dihalang oleh Speaker, saya sambung hari ini.  Saya sangat dukacita, kita sistem perwakilan, kalau orang saya tidak orang-orang yang diwakili saya kawasan Air Itam penduduk ataupun saya dipilih sebagai wakil rakyat, saya duduk di kerusi ini saya hormat kerusi ini, saya hormat dewan ini, saya wakil, yang mewakili mereka berucap, mereka hantar saya untuk berucap di dewan ini kalau ada apa-apa ketidakpuasan mereka akan beritahu saya, saya ucap di sini.  Sistem perwakilan tapi wakil-wakil rakyat UMNO tidak dapat kawal mereka, agen-agen, anasir-anasir, samseng-samseng tidak dapat buat kawalan.  Bukan sahaja tidak buat kawalan, kalau tidak buat kawalan saya boleh kata lemah, itu okey lemah.  Tidak dapat kawal itu lemah, itu okey boleh terima lemah tapi bukan lemah sekarang.  Apabila undi saya ada harapan sikit, kepada conscience wakil rakyat 10 orang ini kita cadangkan Padang Kota belah bagi kita hendak lihat sama ada kita menggunakan conscience kita sendiri untuk naik untuk menyokong semua, tapi saya kecewa sangat kecewa dengan 10 orang wakil rakyat UMNO ini, samseng-samseng itu saya tidak mahu sebut lagi polis akan handle mereka saya semalam kata tangkap, lokap masuk mahkamah, semalam kata tapi saya faham sudah belum masuk lokap masih siasat sudah masuk balai itu akan diuruskan nanti tapi saya hendak uruskan wakil rakyat UMNO hari ini.  

 Dalam undian belah bahagi berkecuali apakah mesej yang dihantar oleh wakil-wakil rakyat UMNO di sini apabila kata berkecuali maksudnya you condoning & endorsing tindakan mereka.  Ini bukan sahaja tidak kata apa tidak mengecam mereka, berkecuali.  

Jangan begitu.  Guna conscience sendiri.  Saya jarang, saya selalu tidak bersehaluan ataupun mempunyai pandangan berlainan dengan Khairy Jamaludin.  Khairy Ketua Pemuda UMNO, saya baca internet apa orang cakap.  Khairy cakap beza semua dengan 10 orang wakil rakyat UMNO di sini. Saya  pun mempunyai pandangan yang berlainan dengan Khairy Jamaludin.  Khairy, Ketua Pemuda UMNO saya  baca semua internet lihat apa orang cakap.  You tau apa Khairy cakap yang beza dengan semua 10 orang Wakil Rakyat UMNO di sini, tau apa Ketua Pemuda UMNO cakap; 

Storming into the hall is not right and it should be protested outside the premises.  Dia kata mencerobohi masuk Dewan adalah salah.  Kalau mereka tidak puas hati boleh buat demonstrasi di luar Dewan.  Khairy Jamaludin dalam internet.  T

Tapi sepuluh wakil rakyat kita tidak setuju, tidak seorang pun mengecam tindakan tersebut.  Tindakan mencerobohi di dalam Dewan Undangan Negeri.  Tidak ada seorang pun, lagi nak justify nak bantu mereka, buat justifikasi gunalah conscience sendiri.  It

It seems that dalam kes ini Khairy lebih liberal sikit.  Boleh tak saya cadangkan kelmarin sudah berkecuali kita ada usul baru, the second chance to redeem your honour, to repent, untuk bertaubat atas kesalahan kelmarin kerana kita sangat menghormati Dewan ini.  

Sistem perwakilan, janganlah kita sehaluan dengan pemuda-pemuda ini semua, budak-budak ini semua yang akan diuruskan di bawah tindakan undang-undang.  Janganlah kita sekongkong dengan mereka.   

Kalau menunjukkan contoh, tauladan yang baik.  Wakil Rakyat UMNO, kalau ada honour jangan terikat dengan perkara yang tidak betul tidak boleh, kena guna otak.  Gunakan conscience sendiri.  Boleh telefon Khairy Jamaludin untuk dapatkan instruction, kalau nak.   

Saya rasa pagi ini seperti saya kata kali ketiga saya berucap dan kalau kelmarin mereka masuk naik takhta Speaker, it’s the first blow to the demokrasi.  Satu tamparan hebat kepada sistem demokrasi berparlimen, kepada sistem Raja Berperlembagaan.  Kelmarin tindakan sepuluh orang Wakil Rakyat UMNO berkecuali ini is a second blow, tamparan kedua kepada Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.   

Saya nak lihat nanti mungkin ada cadangan belah bahagi lagi.  Jangan lari, duduk sana, jangan masuk toilet, saya beri amaran kalau masuk toilet saya akan cari you di toilet.  Kalau perempuan saya suruh Berapit pergi cari.  

Jangan lari dari tanggungjawab anda.  Wakil Rakyat mewakil semua kena berikan satu message yang betul.  Budak-budak ini semua akan disiasat dan bakal di-charge di bawah Kanun Keseksaan atas mengkhianati property dan mencerobohi public places, bangunan awam.   Tidak boleh di-justify.  We have to distance ourselves from them.  Learn from Khairy Jamaludin.  Saya pun berikan peluang lagi one more opportunity for you to redeem your honour.  Dengan ini Dato Speaker saya mohon menyokong usul ini.   













No comments: